Saturday, April 30, 2011

10 Unfortunately Placed Advertisement











12 Shopping Mall Yang Menakjubkan

1- Mall of America (Minnesota, USA)



 2- Mall of Emirates (Dubai)


3- The Grand Canal Shoppes ( Las Vegas, USA)


4- Tokyo Midtown Mall ( Tokyo, Japan)


5- Wafi Mall (Dubai)


6. West Edmonton Mall ( Alberta, Canada)


7- The Dubai Mall (Dubai)


8- Beijing Mall (Beijing, China)


9- Istanbul Cevahir (Instanbul, Turkey)


10- King of Prussia Mall (Pennyslvania, USA)


11-Zlote Tarasy Mall (Warsaw, Poland)


12- Westfield London Shopping Centre (England)

Wednesday, April 27, 2011

Kreatif Dari Kulit Telur

Fesyen Apa Ni?

Rahsia Minuman Kegemaran Anda



LATTE
Sofistikated adalah keperibadian paling jelas yang dapat dilihat dalam diri individu yang gemar menikmati minuman ‘Latte’ ini. Selain itu sikapnya yang sentiasa bersifat ingin tahu dan sentiasa ingin belajar secara tidak langsung turut memperlihatkan dirinya yang terpelajar dan berpendidikan.

Sekiranya kekasih anda menggemari minuman ini, aduh…beruntunglah anda kerana dia seorang yang romantik dan jiwanya penuh dengan kasih sayang. Si penggemar ‘Latte’ biasanya akan sentiasa dengan pasanggannya dan akan sentiasa cuba melakukan yang terbaik demi mengukuhkan lagi perhubungannya.



KOPI
Anda sesuai mengendalikan perniagaan sendiri. Si penggemar kopi biasanya memiliki keperibadian yang menyakinkan. Sikap yakin dengan kebolehan diri sendiri membolehkan mereka maju dalam apa jua bidang yang diceburi. 

Namun mereka ini juga memiliki sikap berjimat cermat yang teramat sangat sehingga ada yang menganggap mereka ini agak kedekut! Ya, mungkin kedekut kepada orang lain tapi bukan pada dirinya sendiri! Lihat sahaja gaya dan penampilannya. 

Boleh dikatakan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, semuanya barangan berjenama! Opps…dalam subjek mencari pasangan pula, mereka dikatakan terlalu cerewet! Hati-hati, jangan sampai orang lain bosan pula untuk mendekati anda kerana sifat cerewet anda itu.



KOPI SUSU
Wah, orangnya sentiasa kelihatan sibuk. gayanya juga bagaikan tak terurus dek kesuntukan masa. Si penggemar kopi susu ini memang tidak boleh duduk diam. 

Boleh dikatakan setiap waktu yang ada akan dipergunakan sebaik mungkin untuk melakukan kerja-kerja yang dirasakan agak penting. Ingat, anda juga perlu meluangkan masa untuk merehatkan minda. Anda bukannya robot yang mampu melakukan segala-galanya tanpa berehat. 

Paling tidak pun, kemaskan sikit gaya penampilan anda itu agar orang lain berasa selesa berdampingan dengan anda! Oh ya! Kasihanilah si dia yang sentiasa meginginkan perhatian dari anda. Jangan sampai si dia berasa bosan dengan sikap anda yang boleh dikategorikan dalan lingkungan individu yang ‘gila bekerja’. 

Belajar menyusun jadual harian anda agar hari anda berjalan lebih lancar dan jangan lupa, selitkan sedikit masa untuk bersama-sama si dia…mungkin dengan menonton wayang bersama!



TEH
Tenang dan bersahaja adalah tarikan utama pada kelompok individu ini. Mereka bijak menguasai keadaan dan tidak hairanlah sekiranya mereka mempunyai ramai teman. Selain itu, muzik adalah teman setianya. 

Mungkin si penggemar teh ini tidak kisah sekiranya dalam satu tempoh waktu tertentu dia tidak ditemani oleh mana-mana teman kerana peluang bersendirian yang ada itu digunakannya untuk menghayati muzik kegemarannya. 

Faktor kesihatan sentiasa mendapat perhatian anda kerana anda sentiasa inginkan kesihatan yang terbaik untuk diri anda Syabas!



MOCHA
Orangnya lincah dan gemarkan cabaran. Si penggemar Mocha mempunyai keperibadian yang agak keanak-anakan dan setiap bual bicara yang meniti di bibirnya pasti mempunyai unsur jenaka. 

Individu yang tergolong dalam kategori ini disifatkan sebgai individu yang sukar bersikap serius, boleh dikatakan setiap detik dan saat, tumpuan di dalam mindanya itu lebih kepada unsur-unsur keseronokkan dan mencari hiburan. 

Mereka juga gemar bersosial dan tidak gemar hidup bersendirian. Tidak hairanlah sekiranya mereka tidak mempunyai sehingga ke hari ini. Mana tidaknya, individu yang cuba untuk mendekatinya sentiasa merasa ragu-ragu untuk serius bercinta dengan si penggemar _Mocha ini.

Sikap keanak-anakannya itu tentu sekali tidak menyakinkan pasangan bahawa individu itu telah bersedia untuk serius dalam percintaan. Mungkin penggemar _Mocha boleh cuba melakukan pembaharuan dalam hidupnya mulai hari ini.



MINUMAN SEJUK
Sekiranya anda lebih gemar menikmati apa saja minuman asalkan ’sejuk’ menunjukkan bahawa anda tergolong dalam kategori yang gemar bersosial dan berhibur bersama teman-teman.

Anda lebih gemar berkumpul dengan teman-teman akrab anda dan boleh bersantai bersama mereka hingga berjam-jam lamanya. 

Selain itu anda juga memiliki daya pemikiran yang kreatif dan sentiasa ingin cuba tampil denga idea-idea baru dalam melaksanakan tugasan anda. Namun awas, minuman sejuk ini tidak baik untuk kesihatan.



MINUMAN PANAS
Penampilan anda kelihatan penuh menyakinkan dan matang. Mungkin ramai yang memperkatakan bahawa penampilan anda kelihatan lebih matang dari usia sebenar anda. 

Namun anda tidak pernah menghiraukan apa jua tanggapan orang lain yang diberikan kepada anda. Anda memiliki matlamat hidup yang tersendiri dan sentiasa berusaha untuk hidup merealisasikannya biarpun terpaksa berhadapan dengan bermacam-macam rintangan. Teruskan usaha anda itu.

Rumah Yang Mampu Untuk Dimiliki

Perwatakan Lelaki Melalui Gaya Seluar




Seluar Jeans
Lelaki yg menggemari seluar jeans adalah seorang yang optimis & tenang, gaya tersendiri, amat mengasihi orang yg disayangi, sanggup berkorban apa saja tapi sering tersilap mengambil keputusan.


Seluar Baggy
Lelaki yg meminati gaya seluar ini agak keperempuanan, mengikuti perkembangan semasa, lembab kerana ragu2 dalam mengambil keputusan, lemah lembut.


Seluar Warna Terang
Lelaki yg lebih suka memakai seluar yg berwarna terang dikatakan tegas, luas pandangan dan berfikiran matang bila selesaikan masalah.


Seluar Gantung / Hanger
Lelaki yg sering menggayakan fesyen seluar gantung adalah lelaki yg misteri, seleranya sukar diramal serta serba rahsia.


Seluar Ketat
Lelaki yg menyukai seluar ketat dikaitkan sebagai suka mencari perhatian, ego tinggi tapi baik.

Rahsia Tapak tangan

 
Rahsia Tapak Tangan

Sememangnya terlalu banyak rahsia yang tersemadi pada tangan kita... walaubagaimana pun ini cuma ramalan saja dan jangan telalu fanatik sangat untuk mempercayainya.. cuba perhatikan setiap garisan pada tapak tangan korang dan bandingkan dengan garisan yang dinomborkan seperti di atas... 

setiap garisan mempunyai maksud yang tertentu. Tapi jangan la panik, bukan semua garis yang dinyatakan itu terdapat pada tapak tangan korang.. and of course la bentuknya juga berbeza-beza.. ada yang kurang jelas, putus-putus dan sebagainya. So selamat 'menilik'.. jangan tersalah tilik, sudah la!


1. Garis Kehidupan

Garis bertanda nombor 1 ini adalah berkaitan dengan kehidupan kamu. Semakin ia panjang dan terang garisnya, semakin baik maksudnya. Dikatakan seseorang itu akan panjang jangka hayatnya jika mempunyai garis yang sedemikian lebih-lebih lagi jika garisnya mencecah hingga ke penghujung.


2. Garis kecergasan

Garis bertanda nombor 2 ini pula bersangkutan dengan tahap pemikiran dan keupayaan kamu untuk berjaya ke peringkat tinggi. Misalnya seorang pelajar, jika ia jelas, terang dan lurus, ia memperlihatkan bahawa kamu seorang yang bekerja keras untuk berjaya dalam pelajaran dan kamu berupaya untuk belajar dengan lebih gigih. Bagi kamu, setiap kejayaan perlu disertakan dengan usaha yang gigih. Tidak hairanlah orang yang mempunyai garis ini mampu menjejakkan kaki ke menara gading tanpa sebarang masalah.


3. Garis hati/cinta

Garisan ini melambangkan perasaan dan percintaan kamu. Sekiranya kamu mempunyai satu garis yang panjang dan lurus, ia menunjukkan bahawa kamu setia dalam percintaan dan mungkin hanya mengalami satu episod cinta saja. Manakala sekiranya garis itu putus-putus dan terdapat cabang-cabang lain, ini menunjukkan kamu mungkin mempunyai beberapa pengalaman gagal dalam bercinta sebelum menemui cinta yang sejati. Malah jangan terkejut, ada di antara kamu yang mempunyai garis putus-putus ini ' curang' dan menjalinkan hubungan cinta dengan lebih daripada seorang gadis/jejaka dalam masa yang sama!


4. Garis kejayaan

Cuba kamu perhatikan garis yang bertanda nombor 4 ini. Adakah ia terdiri daripada satu garis sahaja? Kadangkala terdapat sesetengah orang yang mempyai dua atau lebih garisan ini. Dikatakan mereka ini bakal memperolehi kejayaan cemerlang dalam dua kerjaya atau apa juga yang diceburi oleh mereka nanti, mengikut garis yang terpamer di telapak tangan kamu itu.


5. Garis matahari ( Sun line)

Bukan semua orang yang mempunyai garis ini yang kelihatan dengan begitu jelas dan nyata. Sekiranya kamu mempunyai garisan sedemikian, ia menunjukkan kamu akan menjadi kaya dan terkenal dalam kehidupan kamu. Sebab itulah, ada orang yang mampu meraih kejayaan dalam dua bidang yang dilakukan dalam masa yang sama. Ini kerana sudah tersurat bahawa mereka ini mudah mendapat kejayaan.

6. Garis kesihatan

Sama seperti garis kehidupan, sebaik garisan adalah yang kelihatan jelas, lurus dan tidak putus-putus. Sekiranya garis ini putus-putus, ini menunjukkan tahap kesihatan kamu tidak begitu baik. Begitu juga sebaliknya.


7. Garis perkahwinan

Sekiranya garisan itu membentuk bulatan menghala ke arah kanan hingga ke tapak tangan, kamu diramalkan bakal mempunyai sebuah perkahwinan yang kekal dan bahagia selama-lamanya. Perkahwinan wujud hanya sekali saja dalam hidup kamu. Tiada lagi yang kedua dan seterusnya...


8. Garis bilangan anak

Setiap orang pasti ingin atau menyimpan hasrat untuk memiliki cahaya mata sendiri bila tiba masanya nanti. Berapa orang anakkah yang kamu inginkan? Tidakkah kamu perlu mengetahuinya? Apa yang perlu kamu lakukan ialah dengan mengira berapa banyak garisan halus dan pendek yang kamu miliki dan ia sebenarnya mewakili jumlah bakal anak kamu nanti. Misalnya kamu mendapat terdapat empat garisan dan ini bermakna jumlah anak kamu nanti ialah empat orang.


9. Garis perjalanan

Adakah kamu ini seorang yang sukakan sesuatu kehidupan yang mencabar, suka merantau atau melawat tempat-tempat asing? Sudah tentunya kamu ini mempunyai garisan perjalanan yang cukup jelas dan terang, seperti yang dinyatakan pada garisan bernombor 9. Tidak hairanlah sekiranya kamu ini juga suka hidup berpindah-randah dan mudah bosan dengan sesuatu tempat.


10. Garis kewangan

Setiap orang semestinya mengimpikan kehidupan yang sempurna dan bahagia. Tentu sekali ia mudah dicapai jika mempunyai kewangan yang kukuh. Bagi kamu yang memiliki garisan bernombor 10 ini dengan jelas dan terang, dikatakan kamu mampu memperolehi wang yang banyak melalui pekerjaan yang kamu lakukan itu.


11. Garis pergelangan tangan

Cuba kamu perhatikan pada pergelangan tangan kamu di sebelah dalamnya. Terdapat garis-garis seolah-olah gelang kan? Diramalkan, setiap garis membentuk gelang itu mewakili 25 tahun jangka hayat kamu. Kira saja berapa gelang yan gkamu ada dan ramalkan jumlah hayat kamu sendiri! Tapi awas! Jangan terlalu percaya sangat.... ajal dan maut di tangan Tuhan kan?

Bila jari kamu dirapatkan....

Apa yang kamu lihat bila merapatkan kesemua jari kamu itu di antara satu sama lain? Adakah semuanya rapat-rapat? Kemudian cuba kau perhatikan di antara jari kelengkeng dan jari manis kamu sewaktu kamu rapatkan keduanya. 

Cuba dekatkan jari kamu itu dengan mata kamu dan tengok sama kamu boleh lihat ada sebarang 'gap' di antaranya... sekiranya kamu dapat melihat cahaya di antara keduanya... bermaksud ia tidak rapat dan renggang... maknanya kamu ini seorang yang cukup pemurah.

Malah kadangkala kamu juga terlalu boros dalam berbelanja. Walau bagaimanapun kamu ini bukan seorang yang kedekut! Sebaliknya sekiranya tiada ruangan di antara kedua jari itu bile dirapatkan, ini bermakna kamu ini kedekut orangnya dan pentingkan diri sendiri! betul ke? hehehee...kalau terkene jangan la mareee..

Sememangnya terlalu banyak rahsia yang tersemadi pada tangan kita... walaubagaimana pun ini cuma ramalan saja dan jangan telalu fanatik sangat untuk mempercayainya.. 

cuba perhatikan setiap garisan pada tapak tangan korang dan bandingkan dengan garisan yang dinomborkan seperti di atas... setiap garisan mempunyai maksud yang tertentu. Tapi jangan la panik, bukan semua garis yang dinyatakan itu terdapat pada tapak tangan korang.. 

and of course la bentuknya juga berbeza-beza.. ada yang kurang jelas, putus-putus dan sebagainya. So selamat 'menilik'.. jangan tersalah tilik, sudah la!

Dewan Bedah Tercanggih Di Malaysia

PEMBANGUNAN dewan bedah berteknologi tinggi di negara ini dengan ciri-ciri keselamatan yang canggih bukan sahaja mampu meningkatkan taraf kesihatan ke tahap yang lebih tinggi malah, boleh menyelamatkan lebih banyak nyawa.

Usaha yang dilakukan Pusat Perubatan Universiti kebangsaan Malaysia (PPUKM) sejak beberapa tahun lalu kini patut diberi pujian kerana mereka berjaya membangunkan sebuah dewan bedah berdefinisi tinggi (HD) yang dinamakan OR1 bagi memastikan pesakit dibedah dalam suasana yang lebih selamat.

Ruang kondusif dan peralatan penyelesaian lebih ergonomik pula dibekal oleh syarikat penyediaan peralatan pembedahan, Karl Storz dari Jerman menjadikan bilik bedah OR1 lebih dinamik. Ia sekali gus menggalakkan pelancongan kesihatan yang semakin popular hari ini.

Istimewanya dewan itu kerana berupaya membantu pakar bedah menjalankan pembedahan melalui pengawalan sistem peralatan perubatan selain boleh mengadakan lintas langsung atau telekonferens dengan pakar sama ada di dalam atau luar negara.

Timbalan Pengarah Pusat Kemahiran Pembedahan Lanjutan (ASSC) PPUKM, Prof. Dr. Hanafiah Harunarashid memberitahu, OR1 merupakan teknologi pertama di Asia Tenggara dan Malaysia sangat bertuah menjadi negara pertama menggunakannya.

Menurut beliau, pakar bedah juga mampu meminimumkan kesilapan ketika melakukan pembedahan laparoskopik dan endoskopik kerana mereka berupaya mengawal penuh sistem komputer, kuasa lampu, suhu dewan bedah dan sebagainya.

Kata beliau, perkembangan teknologi dewan bedah tersebut yang menggunakan aplikasi elektronik membolehkan operasi bedah berjalan lebih lancar dan mudah berbanding dewan bedah terdahulu yang kurang teratur.

Kata pakar bedah itu lagi, walaupun teknologi laparoskop yang digunakan ketika pembedahan laparoskopik dibangunkan sejak tahun 1980-an tetapi, pada ketika itu hanya melibatkan alatan asas berbanding teknologi terkini yang banyak mengaplikasi aspek elektronik.
Skrin HD dan sentuh

MALAYSIA menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang memiliki bilik bedah OR1.

“Dewan bedah itu dianggap istimewa kerana kita menggunakan peralatan paling canggih. Jadi, kita boleh lakukan pembedahan laparoskopik tanpa membuat pembedahan terbuka lagi.

“Paparan skrin berdefinisi penuh sangat jelas berbanding sebelum ini bahkan, kita boleh menggunakan alat dengan lubang sekecil lima milimeter (mm) untuk memasukkan peralatan ke dalam tubuh manusia dan hampir tiada luka,” katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai perjalanan sistem yang hanya terdapat di PPUKM, Hanafiah berkata, semua pakar bedah perlu membuat pendaftaran sebelum menggunakan dewan bedah OR1 melalui sistem komputer.

“Sebagai contoh mudah, semua peralatan itu seperti checkpoint kapal terbang. Selagi semua tidak di set dengan baik, ia tidak boleh berlepas, ini semua bagi memastikan tiada masalah kelak,” ujarnya.

Tambah Hanafiah, pakar bedah juga boleh mengawal pelbagai peralatan seperti lampu, kamera dan sebagainya seperti diinginkan mereka dengan hanya menyentuh paparan skrin umpama gajet iPhone atau iPad.

Dedah beliau, melalui OR1, pakar bedah juga mampu melakukan pembedahan secara bersendirian tanpa bantuan jururawat, namun perkara itu bergantung kepada jenis pembedahan.

Kesesuaian dewan bedah itu juga dilengkapi kemudahan telekonferens bagi pembedahan yang lebih kompleks. Sekiranya seseorang doktor memerlukan pandangan pakar yang berada jauh beribu kilometer sekali pun, mereka boleh berbincang melalui sidang video sahaja.

“Kita juga boleh melakukan pelbagai jenis pembedahan yang sebelum ini mungkin sukar dilaksanakan dan kini kita boleh lakukannya.

PAPARAN berdefinisi tinggi mampu mengurangkan kesilapan ketika melakukan pembedahan.

“Sebagai contoh, dengan teknologi buatan Jerman ini kita boleh melakukan pembedahan untuk bayi berusia seawal dua bulan sama ada yang mempunyai masalah paru-paru, ginjal, hati atau pun pankreas,” katanya.

Antara kelebihan melakukan pembedahan menerusi OR1 adalah pesakit cepat sembuh, kesakitan serta pendarahan juga kurang kerana potongan dilakukan secara minimum.
Bukan itu sahaja, pada hari pembedahan juga, pesakit sudah boleh pulang. Bagi orang dewasa, dua hari selepas pembedahan mereka boleh meneruskan kerja kembali.

Berbanding pembedahan yang dilakukan secara terbuka, selain rasa lebih sakit, pesakit akan ditahan di unit rawatan rapi (ICU) lebih daripada seminggu selepas pembedahan.

Bagaimanapun ujar Hanafiah, secanggih mana peralatan itu pasti terdapat kekangan yang menghalang. Salah satunya kekurangan tenaga mahir untuk menggunakannya kerana sistem berkenaan masih baru.

“Justeru, kami memerlukan lebih ramai pelatih dan sebab itu juga ASSC memperuntuk 12 makmal di kompleks yang turut menempatkan OR1 bagi melatih mereka mengendalikan alat itu dengan mahir.

“Kita tahu, pembedahan laparoskopik jika tidak dilatih dengan baik boleh membawa banyak kemudaratan kepada pesakit. Oleh itu, mereka perlu dilatih sebaik mungkin,” ujarnya. - Kosmo

Tanda Hati Rosak Dan Kaedah Merawat Hati



Tanda-tanda hati yang rosak

1. Hati tidak merasa bersalah apabila terlibat melakukan dosa dan maksiat.
2. Tidak terasa untuk melakukan taubat apabila melakukan kesalahan.
3. Merasa seronok bergelumang dalam dosa.
4. Tidak mempedulikan perintah Allah, malah suka terbabit pada larangan-Nya.
5. Benci kepada kebenaran dan cuba menghalang kemaraannya.
6. Benci kepada orang-orang soleh atau mereka yang suka melakukan kebaikan.
7. Suka bertengkar pada perkara yang tidak memberi manfaat untuk agama.
8. Menerima rasuah, sogokan, riba dan perkara haram serta merasakan keseronokannya.
9. Takut kepada orang yang gagah, tetapi sedikit pun tidak takut kepada Allah.
10. Benci kepada perkara makruf dan suka kepada perkara mungkar.

Kaedah rawatan penyakit hati
a) Mentarbiah hati supaya mencintai Allah dengan sedalam-dalamnya
b) Membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat al-Quran
c) Mendekatkan kepada Allah dengan amalan-amalan sunat.
d) Khusyuk dalam solat.
e) Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah.
f) Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada Allah dan mengharapkan keredaan-Nya.
g) Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul.
h) Beriktikad dengan akidah yang betul.
i) Sentiasa melakukan muhasabah diri.
j) Memperuntukkan masa bagi Allah menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.
k) Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga malam.
l) Tunduk dan khusyuk kepada Allah dalam segenap tindakan dan perbuatan.
m) Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.
n) Menundukkan penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah.
o) Suka menziarahi kubur dan mengingati mati.
p) Sentiasa bersyukur dan reda kepada Allah atas segala nikmat yang dikurniakan.
q) Suka membantu anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka.
r) Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang soleh yang boleh dijadikan teladan.



Apa khabar hati anda hari ini?

Sakit?

fs02fs03fs10



Sihat?

fs11fs12fs31


"Orang-orang yang beriman dan hati-hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram."
(Ar-Ra'd: 28)