Wednesday, June 15, 2011

5 Makanan Baik Untuk Kesihatan Lelaki

Lelaki sering mengambil mudah soal pemakanan mereka. Bagi mereka cukup sekadar mengenyangkan dan yang penting murah. Makanan merupakan faktor utama nilai tahap kesihatan kita, sama ada kita semakin sihat atau kesihatan kita makin terganggu dengan gaya pemakanan kita. Berikut merupakan makanan makanan yang baik untuk kesihatan kaum lelaki.

1. Tomato @ Sos tomato
 

Lelaki yang banyak memakan tomato atau sos tomato berkemungkinan dapat memberi perlindungan kepada mereka daripada kanser prostat. Kanser prostat adalah pembunuh senyap kedua selepas penyakit jantung yang banyak meragut nyawa lelaki. Ia terletak di bahagian atas pundi kencing. Hasil kajian daripada 47,000 orang lelaki, mereka mendapati bahawa lelaki yang memakan tomato sebanyak 2 – 4 kali dalam seminggu,mempunyai risiko menghidapi kanser prostat 35% lebih rendah berbanding lelaki yang tidak memakannya.

2. Tiram
 

2 atau 3 ekor tiram mampu untuk membekalkan zinc yang secukupnya untuk sehari, (zinc merupakan mineral penting untuk penghasilan sperma bagi lelaki ). Anda dinasihatkan untuk tidak mengambilnya dengan lebih kerana ia akan mendatangkan risiko. Dalam satu kajian, 22 lelaki dengan kadar testosteron rendah dan jumlah sperma yang sedikit diberi zinc setiap hari dalam masa 45 hingga 50 hari dan hasil daripada kajian tersebut menunjukkan kadar testosteron dan jumlah sperma mereka meningkat.

3. Brokoli
 

Hasil daripada kajian di Harvard baru-baru ini mendapati bahawa sayur-sayuran seperti brokoli, dapat memberi perlindungan terhadap kanser pundi kencing. Ia lebih berkesan sebanyak 2 hingga 3 kali ganda kepada lelaki berbanding wanita. Para saintis menganalisis diet hampir 50,000 orang lelaki, dan mendapati bahawa mereka yang makan lima hidangan atau lebih brokoli pada setiap minggu berkemungkinan dapat mengelakkan kanser pundi kencing selama sepuluh tahun berbanding yang tidak memakannya. Brokoli dan kubis dipilih sebagai makanan yang paling protektif.

4. Peanut butter
 

Penyakit jantung adalah pembunuh utama bagi lelaki dan wanita, tetapi lelaki menjadi korban pada usia yang lebih awal. Kandungan lemak pada kacang adalah tinggi sedikit tetapi ianya baik untuk anda.

5. Tembikai
 

Didapati lelaki dengan lingkungan usia sehingga 55 tahun, lebih banyak menderita penyakit darah tinggi berbanding wanita. Kajian menunjukkan bahawa makanan yang kaya dengan potassium boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan stroke. Tembikai kaya dengan sumber mineral ini, ia mengandungi lebih potassium. Jumlah potassium dalam suatu hirisan besar tembikai adalah bersamaan dengan sebiji pisang atau secawan jus oren.

Mencegah lebih baik dari merawat. Kawal pemakanan dan ambil makanan yang betul mampu menjamin kesihatan kita di masa akan datang.

Dato' Siti ...Makin Slim Ke Makin Mendada

Sunday, June 12, 2011

Khas Untuk Wanita - Cara Memilih Coli




Ramai wanita silap dalam memilih pemakaian coli

Jika memakai coli yang tidak sesuai

  • Coli akan terangkat di bahagian belakang
  • Tanda merah dan kesan tali ketat
  • Payudara terkeluar dari coli atau berbonjol sedikit di ketiak

Langkah-langkah yang perlu di ambil
Langkah 1

  • Pakai coli semasa mengukur sambil berdiri
  • Ukur disekeliling bawah payudara. Jika anda mendapat nombor genap, sila tambah 4 inci. Jika mendapat nombor ganjil sila tambah 5 inci


  • Contoh: Jika ukuran anda adalah 31
  • tambah + 5 inci
  • saiz coli anda adalah 36"

Langkah 2
  • Ukur disekeliling bahagian terpadat payudara. Bandingkan nombor ini dengan saiz coli anda. Jika nombornya sama bermakna saiz cup anda adalah A. Jika perbezaan 1 inci bermakna saiz cup anda adalah B. Begitulah seterusnya.

Selamat mencuba


 

Filem-Filem Terlaris Di Dunia

 
Tahun: 2009

Kutipan: $2,783,165,628

Hasil yang luar biasa daripada pengarahnya, James Cameron yang juga pengarah kepada filem Titanic yang sangat terkenal dan juga mendapat kutipan yang tinggi. Filem ini mampu mendapat kutipan yang tinggi walaupun kos pembuatannya "hanya" $237 Juta. Kesan visual yang lain daripada yang lain serta jalan cerita yang menarik menjadikan filem ini terlaris. Tahniah kepada James Cameron.




Tahun: 1997

Kutipan: $1,843,201,268

Walaupun pada tahun 1997, gambaran tenggelamnya Titanic berjaya digambar kan oleh krew-krew filem ini di bawah arahan James Cameron. Filem yang memenangi 11 piala Oscar ini menelan belanja sebanyak $200 juta untuk pembikinannya. Plot cerita yang sangat menarik dan menyentuh hati menyebabkan filem ini enak ditonton berkali-kali.



 
Tahun: 2003
Kutipan: $1,119,110,941

Bahagian ketiga trilogi The Lord Of The Ring ini menelan kos sebanyak $96 juta untuk pembikinannya yang memberi impak yang besar kepada dunia perfileman. Filem yang dipenuhi dengan fantasi ini diadaptasi dari novel yang karya J.R.R Tolkien dan berjaya memenangi 11 piala Oscar.



 
Tahun: 2006

Kutipan: $1,066,179,725

Dengan kos pembuatan sekitar $225 juta, filem Gore Verbinski ini berjaya mengaut keuntungan lebih dari $1 bilion. Filem ini dijayakan dengan lakonan mantap Johnny Depp sebagai kapten kapal Black Pearl, Jack Sparrow. Walau bagaimanapun, filem ini dilarang tayang di China kerana terdapat adegan suku kanibal.



 
Tahun: 2010

Kutipan: $1,063,165,731

Filem animasi yang diarahkan oleh Lee Unkrich ini ialah filem animasi pertama yang berjaya mengutip kutipan melebihi $1 bilion dan memenangi 16 anugerah. Ini satu kejayaan yang besar buat Pixar dan Walt Disney Pictures.


 
Tahun: 2010

Kutipan: $1,024,299,801

Filem yang diarahkan oleh Tim Burton dan skrip oleh Linda Woolverton ini menelan kos sebanyak $150 hingga $200 juta dan memerolehi 6 anugerah.



 
Tahun: 2008

Kutipan: $1,001,921,825

Karya Christopher Nolan ini membuktikan siri filem Batman mampu memasuki carta filem terlaris sepanjang zaman dengan lakonan mantap Heath Ledger yang memberi impak yang besar kepada filem ini. Watak The Joker beliau terpilih sebagai "100 Greatest Movie Characters of All Time" versi Empire.

Info tentang Minyak Dunia

  • Harga petrol di Kuwait dan Arab Saudi adalah 0.5 (separuh) berbanding harga petrol di negara kita.Tetapi secara purata pendapatan rakyat Kuwait dan Arab Saudi adalah 3.6 dan 1.9 kali lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia.

  • Harga petrol di Norway adalah 4.6 kali lebih mahal berbanding harga petrol di negara kita,Tetapi secara purata pendapatan rakyat Norway adalah 11.1 kali lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia.
  • Harga petrol di UK adalah 3.1 kali lebih mahal berbanding harga petrol di negara kita,Tetapi secara purata pendapatan rakyat UK adalah 7.2 kali lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia
  • Harga petrol di Japan adalah 2.7 kali lebih mahal berbanding harga petrol di negara kita,Tetapi secara purata pendapatan rakyat Japan adalah 7.4 kali lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia.
  • Harga petrol di Italy adalah 3.0 kali lebih mahal berbanding harga petrol di negara kita.Tetapi secara purata pendapatan rakyat Italy adalah 5.9 kali lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia.
  • Harga petrol di Australia adalah 1.8 kali lebih mahal berbanding harga petrol di negara kita.Tetapi secara purata pendapatan rakyat Australia adalah 6.4 kali lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia.
  • Harga petrol di Belgium adalah 2.3 kali lebih mahal berbanding harga petrol di negara kita.Tetapi secara purata pendapatan rakyat Belgium adalah 6.9 kali lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia
  • Harga petrol di Hong kong adalah 3.3 kali lebih mahal berbanding harga petrol di negara kita.Tetapi secara purata pendapatan rakyat Hong Kong adalah 4.8 kali lebih tinggi berbanding rakyat Malaysia.

                Senarai Harga Petrol Mengikut Negara




Dan ini pula senarai negara yang mempunyai simpanan minyak terbesar di dunia

 

Malaysia merupakan Negara ke 27 pengimport minyak terbesar di dunia Tetapi Malaysia masih dapat mengekalkan tangga ke 20 Harga Minyak terendah di dunia...Ok la kan...hehe