Wednesday, July 20, 2011

Selipar 3G

 

Selipar 3G? Syarikat Mudah Alih Beralih Kepada Idea-Idea Pelik Untuk Meyakinkan Pengguna Berbelanja Lebih

Syarikat-syarikat telefon bimbit kini beralih kepada idea-idea pelik untuk memujuk pelanggan untuk membelanjakan wang dengan produk-produk keluaran rangkaian mereka termasuk selipar 3G.

Para Jurutera syarikat berkenaan sedang membangunkan selipar yang selesa dengan kemudahan cip pengesan memberitahu keluarga terdekat lokasi anak-anak mereka apabila menghadapi kesulitan atau kemalangan. Ibu bapa atau keluarga boleh mengesan mereka dengan mudah dan datang untuk membantu mereka.

Penyelidik juga mereka cipta lampin wayarles yang menghantar mesej teks kepada ibu bapa mereka apabila bayi mereka memerlukan perhatian.

Perkembangan ini adalah sebahagian daripada anjakan ke hadapan memberi pilihan pengguna terus berbelanja lebih di mana di sesetengah negara terdapat jumlah telefon bimbit melebihi jumlah penduduk.

Daripada menjual lebih banyak telefon, firma mudah alih kini mencari idea lebih banyak sumber pendapatan daripada pelanggan dan rangkaian yang mereka telah ditubuhkan.

'SmartSlippers' telah menarik pelaburan dari Verizon dan AT & T, dua syarikat telefon terbesar mudah alih di Amerika Syarikat.

Teksi Lengkap Dengan Kemudahan IT

 

Singapura - Jika anda berpeluang menaiki teksi Encik Mohamad Rafee Naina Mohamad, 49, anda bukan sahaja dapat menikmati perjalanan menyeronokkan. 

Malah, anda boleh menggunakan telefon, komputer riba, alat pencetak laser, khidmat mengecas pelbagai jenis telefon dan juga alat mengurut bahu - kesemuanya dalam teksinya.

'Beliau minta izin menggunakan komputer riba saya untuk memeriksa e-melnya. Saya izinkan dan selepas itu semakin ramai penumpang yang mula 'meminjam' komputer riba saya,' ujar ayah dua anak lelaki dewasa itu. 

Encik Rafee berkata beliau mula menawarkan pelbagai khidmat itu beberapa tahun lalu apabila seorang penumpang terpandang komputer riba dalam teksinya.

Katanya, selepas mula 'meminjamkan' komputer ribanya kepada penumpang, ada pula yang meminta beliau sediakan alat pencetak dalam teksinya. 'Saya fikir mengapa tidak dan dari situ saya mula tawarkan penggunaan alat perhubungan seperti telefon dan kamera, yang menggunakan protokol Internet (IP),' katanya. 

Lebih menarik lagi, Encik Rafee menawarkan penggunaan kesemua alat-alat itu kepada penumpangnya tanpa mengenakan sebarang bayaran tambahan.

'Bagi saya, ia adalah satu khidmat sampingan yang dapat saya berikan. Lagipun, kos menggunakan alat-alat itu semua tidaklah terlalu tinggi,' ujarnya. Walaupun beliau tidak mengenakan sebarang bayaran, Encik Rafee sering menerima tip.

'Ada penumpang yang kata mereka malu jika tidak berikan sebarang tip setelah menggunakan peralatan dalam teksi saya tetapi saya sendiri tidak pernah meminta,' kata beliau.

Menceritakan bagaimana khidmat yang disediakannya mendatangkan manfaat kepada penumpang, Encik Rafee berkongsi kisah seorang penumpang yang tergesa-gesa mahu ke bangunan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) untuk mencetak penyata CPF-nya. 

Penumpang tersebut menaiki teksinya di Toa Payoh dan ingin ke bangunan CPF di Bishan dan beliau kelihatan tergesa-gesa kerana ketika itu sudah lewat petang. 

'Sebelum saya bergerak, saya sempat bertanya apa tujuannya ke bangunan CPF itu. Apabila saya dapat tahu, saya memberitahu beliau saya boleh cetakkan penyata CPF-nya tanpa ke bangunan CPF. 

'Saya berkata saya takut beliau nanti tidak sempat mencetak penyata akaunnya memandangkan waktu sudah lewat,' tambah beliau. Menurut Encik Rafee, penumpang tersebut mencetak penyata akaunnya tanpa sedikit pun berganjak dari tempat duduknya dalam teksi beliau.

Laundry In An Ice Hole

 

A woman uses a stick to rinse her laundry in an ice hole at Siverskoye lake in the town of Kirillov, some 500 km (311 miles) north of Moscow, Russia.

Antartika : Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu

 

BENUA Antartika - tiada tempat di dalam dunia ini yang dapat menandingi keunikan dan keindahan kawasan ini yang diliputi lautan salji tanpa mengira musim.

Antartika dikatakan paksi kepada pembentukan sejarah awal benua. Menurut ahli-ahli geologi, di sekitar 360 juta tahun lalu, daratan bumi ini sebenarnya bersatu di sekitar kutub selatan.


Satu daratan yang disebut Pangeas kemudian terpecah dua menjadi Laurasia dan Gondwana. Seterusnya, kedua-duanya ini terurai dan menjadi benua-benua dan pulau-pulau yang kini tersebar mengelilingi bumi.


Manusia mula mendekati benua Antartika sejak 1820.Bagaimanapun, penjelajahan di daratan Antartika hanya bermula pada awal 1990-an.


Bumi Antartika sebenarnya menyimpan seribu satu macam rahsia yang masih belum diterokai manusia kerana pelbagai halangan yang tidak terlawan oleh kudrat mahupun teknologi canggih ciptaan manusia.

Di sebalik putih sucinya, benua Antartika sebenarnya begitu ‘keras’ dan telah mengorbankan banyak nyawa.


Sejak lebih 45 tahun lalu, lebih 200 ilmuan dan saintis yang menjalankan penyelidikan di benua ini tewas dan terkorban kerana suhu sejuknya yang melampau.


Ikuti beberapa fakta menarik yang perlu anda tahu mengenai benua Antartika.


# Benua Antartika diselaputi ais sejak 35 juta tahun dahulu.


# Benua Antartika sebenarnya adalah sebuah gurun yang hampir sama dengan Gurun Sahara.


# Perairan Antartika adalah antara kawasan yang paling berangin di dunia dengan cacatan kelajuan angin sehingga 200 batu sejam.


# Suhu di Antartika sememangnya tidak menentu. Antara yang pernah dicatatkan ialah penurunan suhu sehingga 65 darjah Ferenheit dalam masa 12 minit sahaja.


# Puncak tertinggi di Antartika ialah Vinson Massif dengan ketinggian 4,897 meter.


# Benua Antartika juga sebenarnya mempunyai gunung berapi, tetapi tidak ada satu pun yang aktif.


# Sampel ais yang dikenali sebagai empulur ais (ice core) adalah sampel penting yang selalu diambil oleh saintis untuk tujuan uji kaji.


# Empulur ais berbentuk silinder panjang ini memberikan maklumat-berguna mengenai sesuatu perkara sejak berpuluh-puluh ribu tahun dahulu. Ini kerana, objek-objek yang terperangkap dalam ais itu termasuklah buih-buih udara memberikan informasi yang sangat berguna mengenai cuaca dan iklim dunia pada sesuatu masa dahulu.


# Jika semua bongkah ais (ice sheets) yang terdapat di Antartika cair, air laut di seluruh dunia akan meningkat antara 60 hingga 65 meter.


# Kebanyakan hidupan laut di Antartika termasuklah ikan mempunyai sejenis bahan anti sejuk dalam darah masing-masing untuk mengelakkan binatang-binatang ini menjadi beku.


# Pada musim sejuk yang melibatkan suhu sejuk melampau dan keadaan gelap berterusan selama enam bulan, terdapat kira-kira 900 orang saintis yang menjalankan penyelidikan di 34 stesyen. Jumlah saintis ini bertambah sehingga 3,000 orang pada musim panas.


# Serangga terbesar di atas tanah di Antartika sebenarnya ialah sejenis serangga kecil tanpa sayap - Belgica antarctica yang berukuran kurang daripada 1.3 cm panjang.


# Tiada serangga terbang di Antartika (kerana ia akan mudah ditiup angin), sebaliknya hanyalah jenis serangga seperti kutu yang menghinggapi penguin.


# Antartika adalah tempat terbaik di dunia untuk melihat tahi bintang. Tidak seperti di tempat biasa yang dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan, tahi bintang boleh dilihat secara jelas di persekitaran Antartika yang serba putih.


# Keadaan sejuk dan kering di ‘Daerah Kering’ di Antartika hampir menyamai keadaan di planet Mars seperti mana yang pernah diuji oleh pihak NASA. Di daerah kering itu, tiada hujan dicatatkan sejak 2 juta tahun lalu.


# Dianggarkan, semasa musim makan di Antartika, paus biru (blue whale) memakan kira-kira 40 juta krill (sejenis hidupan laut seperti udang) setiap hari ataupun 3,600 kilogram atau 4 tan setiap hari selama enam bulan.


# Jumlah pengambilan makanan itu boleh mengenyangkan seorang manusia selama empat tahun!.


# Sejak kemunculan benua Antartika lebih 20 juta tahun dahulu, tidak banyak hidupan lautnya yang berubah. Ikan-ikan di Antartika hidup pada suhu antara 2 darjah Celsius hingga - 2 darjah Celcius sejak lima juta tahun lalu. (-2 darjah Celcius adalah tahap beku air laut iaitu di bawah kosong kerana kandungan garam). Secara puratanya, suhu musim panas di Antartika ialah -30 darjah celcius manakala purata suhu musim sejuk ialah -60 darjah celcius.


# Suhu paling rendah yang pernah dicatatkan ialah -89.6 darjah celcius iaitu di stesyen Russian Vostok. Hanya kira-kira 0.4 peratus daripada Antartika yang tidak diselaputi ais.


# Di Antartika, terdapat sejenis kumpulan ikan yang agak pelik yang dipanggil ikan ais (ice fish). Ikan ini tidak mempunyai pigmen darah merah - haemoglobin dalam darah untuk membawa oksigen. Memandangkan suhu di sana sangat sejuk dan oksigen boleh larut dalam suhu yang sejuk, ikan ini boleh hidup tanpa haemoglobin.

Russian Country House

Pokok Berusia 400 Tahun Kekal Subur di Tengah Gurun Berpasir Tanpa Air

 

Hidup sendirian di tengah-tengah gurun, berbatu-batu jauhnya dari sumber air dan tumbuhan yang lain, sebatang pokok yang digelar sebagai " Pohon Kehidupan" atau "The Tree of Life" ini terletak 2 kilometer dari Bukit Dukhan, masih bertahan hidup dengan baik sejak 400 tahun yang lalu walaupun berada di atas bukit berpasir setinggi 25 meter menghadap lautan pasit yang terbentang luas tanpa air.

Pokok ajaib ini telah menarik perhatian banyak orang sama ada pelancong , ahli sains dan pakar biologi dari seluruh dunia untuk melihatnya sendiri tentang keajaiban pokok kehidupan ini. Keajaiban alam 400 tahun telah membuatkan ahli biologi dan saintis bingung selama bertahun-tahun untuk mencari jawapan bagaimana pokok ini mampu hidup begitu lama, sedangkan sumber air amat jauh daripada pokok tersebut.

 

Walaupun mereka memberikan beberapa teori, ada yang mengatakan akar-akarnya menyebar dengan sangat mendalam dan luas, mencapai sumber air yang tidak diketahui, tetapi belum ada sesiapa yang mampu membuktikannya.

Pohon Kehidupan merupakan salah satu tarikan pelancong yang paling terkenal di Bahrain. Namun para pengunjung diperingatkan memastikan kereta mereka berada dalam keadaan baik supaya tidak terjebak dalam pasir di tengah-tengah gurun yang luas itu.

Gambar Persandingan Farah AF2 & Johan