Monday, May 30, 2011

Kebaikan Dan Keburukan Urutan Ketika Hamil

 

Mengurut ketika hamil ada kebaikan dan keburukannya. Di antara kebaikan yang boleh diperoleh daripada mengurut adalah:

1 Mengurangkan bengkak di kaki dan tangan kerana urutan yang betul dikatakan boleh melancarkan pengaliran darah.


2 Meredakan sakit otot dan tulang. Lebih-lebih lagi di tulang belakang dan tapak kaki.


3 Mengurangkan rasa stres ketika hamil.


4 Membantu wanita hamil supaya mudah tidur. Namun, tiada data mengenai teknik mengurut yang boleh mengurangkan sakit di kawasan ari-ari.


p/s: Teori di mana kaki atau anggota bayi tersepit tidak ada bukti yang nyata. Ini adalah kerana bayi dalam kandungan bebas bergerak/berenang dalam air ketuban yang mengelilingi dan melindunginya.



Di antara keburukan yang berlaku akibat mengurut ketika hamil pula adalah:

Menyebabkan kesakitan “kontraksi”. Menyebabkan “trauma” kepada uri sehingga berlakunya abruptio placenta.

Wanita berisiko contohnya mereka yang pernah mengalami kelahiran pra matang, tidak dinasihatkan untuk melakukan urutan ini. Jadi, sesiapa yg berisikp dinasihatkan mendapat pendapat doktor sebelum pergi berurut.

8 Kes Kematian Akibat Ketawa Sakan

1. Zeuxis, pelukis Yunani, menertawai lukisan wanita yang baru saja ia selesaikan. Kemudian kerana tertawa terlalu berlebihan, akhirnya ia sesak nafas dan mati pada akhirnya.

2. Konon, komedian Yunani, Philemon, mati kerana menertawakan lawaknya sendiri.


3. Chrisyppus, seorang ahli falsafah Yunani, mati kerana tertawa pada saat melihat keledai sedang makan buah ara.


4. Mendengar cerita lawak dari saudara perempuannya, penulis dari Italia, Pietro Aretino, tertawa hingga terjungkal dari kerusinya kemudian dia kejang-kejang lalu mati.


5. Pengarang eksentrik asal Skotlandia, Thomas Urquhart, mati ketika metertawakan perbaikan singgasana raja Charles II.


6. Malam bulan April 1872. Perempuan bernama Fitzherbert, bersama teman-temannya yang berasal dari Northamptonshire pergi ke Drury Lane Theatre untuk menonton Beggar’s Opera. Ketika seorang karakter bernama Polly melakukan adegan menggelikan hati, Fitzherbert tertawa begitu keras hingga tidak boleh berhenti dan terpaksa dikeluarkan dari ruang theatre. Satu minggu setelah malam itu, Fitzherebert dikhabarkan mati terserang histeria berkelanjutan.


7. 24 Maret 1975. Alex Mitchell mati tertawa saat menonton tayangan TV komedi The Goodies. Pada episode itu, muncul karakter yang berdandan khas orang Skotlandia dan bermain kungfu. Setelah 25 minit tertawa, Alex berhenti tertawa, kemudian merosot di sofa terkena serangan jantung. Isterinya yang mengetahui hal tersebut, mengirimkan surat pada Goodies karena telah membuat suaminya mati dalam kebahagiaan.


8. Ole Bentzen, audiolog asal Denmark mati tertawa karena menertawakan film “A Fish Called Wanda”. Saat tertawa, detak jantungnya meningkat hingga 300 degupan seminit.

Kopi Buat Payu Dara Kecut?




LONDON : Pengambilan hanya tiga cawan kopi sehari dikatakan mampu mengecutkan buah dada wanita kerana kafein yang terlalu banyak boleh menjejaskan hormon dalam badan dan menggugat saiznya.

Kajian terbaru yang dijalankan sekumpulan penyelidik menunjukkan lebih banyak kopi yang diminum, lebih kecil saiz buah dada mereka.

Hampir 300 wanita yang mengambil bahagian dalam kajian itu dan mereka ditanya purata jumlah pengambilan kopi sehari dan saiz payu dara mereka diukur.
 
keputusan kajian itu yang disiarkan Jurnal Kanser Britain mendapati bahawa dengan hanya meminum sekurang-kurangnya tiga cawan kopi atau lebih sehari sudah cukup untuk mengecilkan saiz buah dada mereka.

Kesannya meningkat bagi setiap cawan kopi yang diminum.

Hampir separuh daripada wanita dalam kajian itu menunjukkan perubahan gen yang dikaitkan dengan pengambilan kopi dan saiz payu dara mereka.
 
“Meminum kopi boleh memberi kesan besar terhadap saiz buah dada,” kata Helena Jernstrom dari Universiti Lund , Sweden , yang mengetuai kajian berkenaan.

“Wanita yang minum kopi tidak perlu bimbang buah dada mereka akan mengecut dengan cepat dalam masa semalaman. Ia akan menjadi lebih kecil tetapi tidak terus menghilang,” katanya.

“Bagaimanapun, mereka yang berpendapat boleh meneka wanita mana peminum kopi hanya melalui ukuran baju dalam mereka akan silap.

“Masalahnya, ada dua ukuran bagi sehelai baju dalam iaitu saiz mangkuk dan ukur lilit jadi tidak mudah untuk anda meneka.”
 
Wanita yang minum lebih tiga cawan kopi sehari mempunyai purata 17 peratus saiz buah dada lebih kecil berbanding mereka yang minum kurang tiga cawan sehari.

Sayur Tercemar Boleh Membawa Maut!!

Sebelum ni ada telur tiruan..Ikan di Jepun pun tercemar, lepas tu pula tembikai meletup di China..kini sayur tercemar bakteria pula..aduh..kalo makan kena la berhati2 ni..bagus kita semua diet je..:-))

 
PRAGUE, Republik Czech — Sejumlah sayuran dari Sepanyol yang disyaki dicemari bakteria yang boleh membawa maut ditarik balik penjualannya di Austria dan Republik Czech bagi mengelak wabak penyakit, lapor pihak berkuasa semalam.
 
Jangkitan bakteria yang dikenal pasti sebagai E. coli itu telah membunuh sekurang-kurangnya sembilan orang manakala ratusan yang lain di seluruh Eropah mengalami keracunan.
 
Pihak berkuasa Czech menyatakan, sebanyak 120 timun organik Sepanyol yang disyaki dicemari bakteria itu ditarik semula penjualannya dari pasar raya dan kedai runcit.
 
Pegawai kesihatan di Austria pula memberitahu, hanya sebilangan jumlah timun yang ditarik balik.
Agensi Kesihatan dan Keselamatan Makanan Austria menjelaskan, pihaknya telah mengeluarkan amaran bahawa pencemaran bakteria itu turut merebak pada tanaman tomato dan terung.
 
Agensi tersebut mendakwa sejumlah sayuran itu mungkin telah dijual dan meminta orang ramai yang membelinya supaya segera membuang sayuran tersebut.
 
Di Denmark, seramai lapan orang dimasukkan ke hospital akibat jangkitan bakteria E. coli.
Timun yang dicemari bakteria itu turut dilaporkan turut dieksport ke Hungary dan Luxembourg untuk dijual.
 
Dua rumah hijau di Sepanyol didapati menjadi sumber bakteria tersebut merebak.
Negara lain seperti United Kingdom dan Belanda juga dipercayai dijangkiti bakteria tersebut.
Orang ramai yang baru pulang mengunjungi Jerman pula diminta untuk berjumpa dengan doktor jika mereka mengalami cirit birit berdarah.

Saturday, May 14, 2011

Mengapa Doktor Bedah Menggunakan Baju Hijau?

Semula memang yang digunakan adalah warna putih yang melambangkan kebersihan. Namun, seorang doktor berpengaruh menggantikannya dengan warna hijau kerana menurut dia warna hijau lebih selesa di mata.
Walaupu sukar disahkan mengapa warna hijau jadi popular kerana sebab ini, hijau memang cocok bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruangan pembedahan, kerana hijau adalah lawan dari warna merah dalam roda warna.
Menurut seorang ahli psikologi, melihat pada warna hijau boleh menyegarkan mata pakar bedah dalam melihat benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan. Melihat warna merah terus menerus menyebabkan isyarat warna merah di otak memudar sensifitasnya terhadap variasi warna merah.
Alasan lain adalah, terus-menerus menumpukan pada warna merah akan menyebabkan ilusi nofa berwarna hijau pada latar warna berwarna terang atau putih. Ini akan menggangu penglihatan doktor. Jika warna baju ahli bedah berwarna hijau, ilusi ini akan memudar dan tidak akan mengganggu penglihatan doktor.

Perabut Yang Seksi

Duit bertukar menjadi Binatang

Pertunjukkan BIKINI Hindu, Australia DIKECAM

Pertunjukkan BIKINI Hindu, Australia DIKECAM

Sebuah pertunjukkan fesyen di Sydney mengundang kemarahan warga India setelah seorang model mengenakan bikini bergambar Dewi Hindu Lakshmi yang sangat dihormati umat Hindu.

Masyarakat India mengadakan tunjuk perasaan dengan membakar bendera Australia sebagai protes setelah model pertunjukkan fesyen di Sydney menggunakan bikini bergambar dewi yang dianggap sebagai lambang kekayaan, kemakmuran dan kesuburan itu.

Seperti dilaporkan Dailymail, kejadian ini bermula ketika label pakaian renang Australia Lisa Blue mengeluarkan koleksinya untuk dipamerkan pada di Australia Fashion Week di Sydney, minggu lalu. Pakaian olahraga renang (bikini) itu salah satunya bergambar foto Dewi Lakshmi.

Inilah yang membuat para demonstran di Amritsar, Punjab, turun ke jalan dan membakar bendera Australia sebagai tanda protes.

Setelah kejadian itu, label yang berpusat di Byron Bay, Australia, meminta maaf dan berjanji bahawa rekaannya belum ada lagi untuk dijual.

"Permohonan maaf itu merupakan langkah ke arah yang benar," tegas ahli parlimen Rajan Zed, seperti dilaporkan Australia Daily Telegraph.

Zed menambah, kejadian ini merupakan penghinaan. Tidak molek dewa atau dewi Hindu dijadikan konsep komersial. Sebab simbol agama walau apapun, besar atau lebih kecil, tidak boleh disalahgunakan.

"Hal ini sangat mengganggu, kerana melihat Dewi Lakshmi yang sangat dihormati dalam agama Hindu, pada pakaian renang ditampilkan oleh model di sebuah pertunjukkan fesyen." tambah Zed.

Ohh...Malaysia pun ada kes camni. Tidak lama dulu adalah INDIVIDU tu siap rasmikan lagi Islamic Fashion Show dimana modelnya siap pakai baju tertulis MUHAMMAD lagi. Tak kecoh pun...Rakyat Malaysia penuh kesopanan dan kesusilaan. Apa nak umat Islam di Malaysia ?

Legoland [Malaysia]


Legoland Malaysia akan dibuka pada 2012 dan merupakan Legoland pertama di Asia selepas Legoland Dubai menangguhkan pembukaannya. 
 
Legoland Malaysia merupakan taman tema yang ke-6 di dunia selepas Denmark,United KingdomJermanCalifornia, dan Florida (bakal dibuka Oktober 2011). 
 
Taman tema yang bernilai 200 juta dibangunkan oleh IDR Resorts dengan kerjasama Merlin Entertainments di Iskandar Malaysia, di atas tanah seluas 31 hektar. 
 
Lebih 40 jenis interactive rides , pertunjukkan serta tarikan sedang dibina.15 ribu model struktur bangunan yang sedang dibangun di Pusat Pembinaan Model di Taman Perindustrian Nusa Cemerlang juga berjalan lancar.
 
Siegfried Boerst & Zainal Ashikin Muhammad Rejab 
Model kedai - kedai di Jalan Wong Ah Fok
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif IDR Resorts, Zainal Ashikin Muhammad Rejab berkata "Kami akan menawarkan sekitar 50 jawatan profesional bagi pra-operasi pada 2011 dan 900 pekerja lagi menjelang pelancaran pada 2012

Ketua Pengarah Operasi Legoland Malaysia, Siegfried Boerst berkata "Legoland Malaysia merupakan projek yang mencabar menggabungkan rides dan model bangunan serta lebih 30 juta keping lego diperlukan. Kami sedaya upaya memastikan keseronokan seisi keluarga dan kanak-kanak antara umur 2 tahun hingga 12 tahun di Asia ini.
 

Pejabat Perdana Menteri

Lokasi Legoland Malaysia

Senarai Legoland

Legoland Billund (Denmark)



  • merupakan Legoland yang terbesar dan tertua
  • Di bahagi kepada 9 kawasan :Duplo Land, ImaginationZone, LEGOREDO Town, Adventure Land, Miniland, Pirate Land, Lego City, Knights Kingdom dan Viking land.
  • Di buka pada tahun 1968 dan dikunjungi 1.7 juta setahun. 
 

Legoland Windsor (England)




  • Dibina di bekas Taman Safari Windsor, Berkshire, England pada tahun 1996.
  • mempunyai 12 kawasan semuanya :  termasuk The Beginning, Imagination Centre, Miniland, Duplo Land, Traffic, LEGO City, Land of the Vikings, Kingdom of the Pharaohs, Pirates Landing, Knights Kingdom, and Adventure Land.    
Legoland California (USA) 


  • Terletak di Carlsbad di utara San Diego, Amareka.
  • Dibuka pada 20 Mac 1999
  • Di bahagi kepada 9 kawasan : The Beginning, Dino Island, Explore Village, Fun Town, Knight's Kingdom, Miniland USA, Imagination Zone, Pirate Shores, dan Land of Adventure.
Legoland Deutschland (Jerman)


  • Terletak di Günzburg, Jerman
  • Dibuka pada 2002
  • Taj Mahal
  • Terbahagi kepada 7 bahagian : Imagination Center, Miniland, LEGO X-treme, LEGO City, Knights Kingdom, Adventure Land, and Land of the Pirates.

Rekabentuk Bangunan Pelik

Burj al Arab (Dubai, UAE)
 



Cubic Houses (Rotterdam, Netherlands)
 



Dancing Building (Prague, Czech Republic)
 



Edificio Mirador (Madrid, Spain)
 



Erwin Wurm House Attack (Viena, Austria)




Esplanade Theatres, Singapore




Forest Spiral Building (Darmstadt, Germany)




Gherkin Building (London, UK)




Great arche of defense (Paris, France)




Habitat 67 (Montreal, Canada)




John Curtin School of Medical Research (Australia)




Jumeirah Emirates Towers (Dubai, UAE)




Kansas City Public Library (Missouri, USA)



Kunsthaus (Graz, Austria)



La Pedrera (Barcelona, Spain)



Montreal Biosphère (Canada)



National Architects Union Headquarters (Romania)



National centre for the performing arts (Beijing, China)



Nord LB building (Hannover, Germany)



Pabellon de Aragon (Zaragoza)



Ripley’s Believe It or Not! (Niagara Falls, Ontario, Canada)



Ripley’s Building (Niagara Falls, Ontario, Canada)



Royal Ontario Museum Expansion (Toronto, Canada)



Shoe House (Pennsylvania, USA)



Solar Furnace (Odeillo, France)



Stata Center (Cambridge, Massachusetts, USA)



State Department for Traffic (Tbilis, Georgia)



Tenerife Concert Hall (Canary Islands, Spain).



The Basket Building (Ohio, USA)



The Crooked House (Sopot, Poland)



The National Library (Minsk, Belarus)



The Valencia Opera House (Valencia, Spain)



Turning Torso (Malmö, Sweden)



Walt Disney Concert Hall (Los Angeles, California, USA)



Water Cube (Beijing, China)



Water Tower (Zaragoza)



Wonderworks (Pigeon Forge, TN, USA)