Monday, May 2, 2011

Mariah Carey Lahir Anak Kembar

MARIAH CAREY bersama suami, Nick Cannon.



LOS ANGELES 1 Mei - Pemenang anugerah Grammy, Mariah Carey selamat melahirkan sepasang anak kembar lelaki dan perempuan, semalam, pada hari ulang tahun ketiga perkahwinannya dengan Nick Cannon.

Menurut wakil Carey, Cindi Berger, bayi kembar itu selamat dilahirkan pada pukul 9 pagi (12 malam waktu Malaysia) di Hospital Los Angeles.

Ujar Berger, berat bayi itu ialah 2.27 kilogram setiap seorang dan nama mereka belum diketahui lagi.

Carey dan Cannon yang merupakan seorang pelakon dan penyanyi rap, melangsungkan perkahwinan mereka pada 30 April, 2008.

"Kembar itu dilahir tepat pada tarikh ulang tahun perkahwinan mereka. Mariah (Carey) tidak mampu untuk merancang semua itu," ujar Berger,
Carey mengumumkan yang dia mengandung pada Oktober lalu.

Ketika itu, Cannon memberitahu mereka menangguhkan untuk mengumumkan berita itu kerana Carey pernah mengalami keguguran sebelum itu. - Reuters

No comments:

Post a Comment