Tuesday, April 26, 2011

Kuasa Allah Pada Peta Dunia

 

Apabila kita renung kuasa Allah swt dengan hidayat dan kerendahan hati jua, maka Allah swt akan menunjuktampilkan pada kita kuasa-kudratNya pada setiap sesuatu yang nyata maupun yang ghaib tanpa terkecuali. 

KuasaNya itu pula, tentu akan kita yakini, bahwa ianya hanya menjelma dari Allah semata-mata ketika kita mengamatinya dengan sentuhan nurani kecil kita. Kerana kita yakini jua tiada makhluk yang akan mencapai bahkan melebihi pinggir batasan Ilmu yang kerdil itu tanpa adanya sentuhan seni Allah Yang Maha Esa Yang Maha Mentadbir sekalian alam.

Laksana Peta Timur Tengah atau Asia Barat yang kita hidang tayangkan ini, bila kita imbas sejarah maupun mencarigali lipatan warkah manuscript atau handwrit usang yang kuno, maka kita pasti, bahawa tiada siapa yang membahagi dan melukis bentuk peta-peta tersebut melainkan mereka yang mengingkari Islam jua. 

Atau jika menganut Islam yang membahagi bentukkan lukisan peta-peta itu, maka pasti kuasa baratlah jua yang telah bersetuju teguh untuk mengesah sabitkannya di mata penguasa dunia.


Ternyata kuasa Allah swt memang wujud pada setiap sesuatu, walau ianya di tapak tangan pakar pengingkar.




Subhanallah...gambar seperti orang sujud duduk menghadap kiblat...Allahhuakhbar!!!!


Sumber: renunganhaqiqi.blogspot.com

No comments:

Post a Comment